1)Anda bertanggungjawab untuk membayar RM2000 bagi tiap2 kemalangan yang melibatkan tuntutan insurans atau menanggung kos kerosakan kenderaan tersebut serta membayar separuh daripada harga pinjam untuk setiap hari selama kenderaan tersebut berada dibengkel.
2)Sekiranya berlaku kemalangan,awak kena memaklumkan kepada pihak syarikat sebelum membuat laporan polis keatas kemalangan yang berlaku.
3)Sesiapa yang tidak mempunyai lesen memandu kelas D tidak dibenarkan untuk memandu kereta yang dipinjam dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi peminjam akan bertanggungjawab sepenuhnya.
4)Peminjam tidak dibenarkan sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang2 negara Malaysia.
5)Peminjam dilarang sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang dipinjam.
6)Segala tuntutan saman jalanraya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana2 pihak berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peminjam.
7)Sebarang kerosakan kecil atau besar akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam dan penjamin terbabit.Sebarang tuntutan ganti rugi akan dikenakan mengikut kerosakan yg dialami.
8)Kereta yang dipinjam mestilah dipulangkan tepat mengikut masa yang dijanjikan.Sekiranya lewat,bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM5.00 untuk setiap 1/2jam.Sekiranya peminjam tidak memulangkan kereta melebihi 24jam tanpa sebarang pesanan adalah dianggap kes curi kereta.Laporan polis akan dibuat segera.Sebarang masalah yang timbul akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam terbabit.Peminjam mestilah menghubungi tuan punya kereta sekiranya ingin menambah masa pinjaman harian berikutnya.
9)Motosikal/deposit wang tunai yang ditinggalkan adalah sebagai cagaran terhadap kereta yang dipinjam.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan,motosikal/deposit wang tunai terbabit tidak akan diserahkan kecuali bayaran gantirugi dijelaskan sepenuhnya.Sekiranya peminjam tidak mampu membayar ganti rugi tersebut,motosikal/deposit wang tunai tersebut akan menjadihak milik tuan punya kereta tersebut.Proses pemindahan nama haruslah dilakukan dengan segera dan peminjam terbabit haruslah memberikan kerjasama sepenuhnya.
10)Kereta yang dipinjam adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh peminjam dalam masa yang telah dijanjikan.Sebarang masalah ataupun kes yang timbul adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh peminjam dan penjamin terbabit.Ianya tida kena mengena dengan tuan punya kereta tersebut.Jadi diingatkan sentiasa "Berhati2 dijalan raya".
11)Kepada setiap peminjam yang masih memegang lesen P,anda diminta membawa sticker P sendiri.
12)Saya bersetuju dan membenarkan barangan yang dijadikan cagaran dilelong sekiranya selepas 6bulan tidak dituntut.
Selesai membaca?Haaaa baru boleh sain...